Thursday, March 8, 2012

Sembilan...Sembilan....

Salam,

Langit yang masih lagi gelap dan hujan yang masih lagi tak berhenti dari malam tadi seolah-olah menangisi keretakan kecil pada LCD screen BB aku ini...walaupun kecil tapi mampu membuatkan ianya tak berguna lagi umpama tin-tin sardin yang kosong yang hanyut dibawa arus banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur lewat malam tadi..Sesekali apabila mata ini menjeling ke arahnya terlihat seolah-olah ia sedang mentertawakan aku..ciss tak mengenang budi getus hati ini..aku buang nanti baru padan muka aku...

Pagi ni terpaksa merajinkan diri pergi Plaza Berjaya (service centre brightstar) sebab nak repair LCD screen ni....adoilah berapa cajnya aku pun tak tau lagik.....harap-harap setakat 10 hinggit ke 20 hinggit camtu...haha..Ini adalah post yang ke sembilan puluh sembilan...wohooooo......

Wednesday, March 7, 2012

Jom simpan janggut....

Salam,

Fenomena UAI.
Ok idea untuk post yang ke sembilan puluh lapan dah datang. Nak cerita pasal janggut. Pertama sekali tak lain tak bukan menyimpan dan memanjangkan janggut adalah sunnah Nabi S.A.W. Perkataan mudahnya menyimpan janggut adalah SYIAR Islam. Antara kelebihan menyimpan janggut jeng..jeng..jeng....:
  1. Menonjolkan sifat kelelakian. (macho la ape lagi)
  2. Lebih berkarisma dan beraura. 
  3. Mempunyai manfaat kesihatan (yang ni aku baru tahu rupanya janggut lelaki boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangan...fuh terbaik wooo)
  4. Lebih diminati wanita.
Kedua, tak kisah la apa pun kelebihannya yang paling penting niat kita. Niat berjanggut mestilah semata-mata kerana nak ikut sunnah yang Nabi S.A.W tinggalkan. Tak ada faedahnya kalau berjanggut tu sebabnya ikut fesyen terkini. 

Antara hadis-hadis nabi berkenaan janggut:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Sekali lagi niatkan memelihara janggut kerana sunnah Nabi S.A.W nescaya kita akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun kadang-kadang dimata orang lain nampak macam selekeh je tapi disisi Allah tetap dinilai dengan sebaiknya dek kerana kita mengamalkan sunnah kekasihNya.

Jadi tunggu ape lagi jomlah berjanggut.....

Sumber : abuzarinharun.blogspot dan hasnulhadiahmad.com

Mengejar angka 100....

Salam,

Aku baru perasan post kat blog ni rupa-rupenya dah nak mencecah angka 100 post....hoho...satu pencapaian yang agak memberangsangkan setelah mengambil kira faktor kerajinan aku...Disember 2008 sampai sekarang Mac 2012 ada sembilan puluh tujuh post (saje je nak eja bagi panjang sket entry ni) termasuk yang aku tgh taip sekarang ni....tiga post lagik wooo....WOW bulaan......hoho.....ok insyaalah kalau umur panjang aku akan update dengan lebih gigih lagi untuk tiga post tu.....post nombor sembilan puluh lapan, tungguuuuuu!!!!!!
Related Posts with Thumbnails